Jika kamu memancing ikan…. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu…. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja…. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ……… Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang… Setelah ia mulaiMENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya….Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja…. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu….Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh…. cukuplah sekadar keperluanmu…. Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menambalnya semula…. Akhirnya ia dibuang…. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi….
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya…. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa…. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya…. akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya….
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan….. yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.MENYAYANGIMU…MENGASIHIMU…Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalumengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yang akanMENYESAL….
Credit to Syafiqq.
agree 100x!!! :P
ReplyDeleteur wish list?hehe..
mr.right should not be thick..and it is..haha
hahaha..
ReplyDeleteeyh..i havent found one la...
yg ade tu blom btol2 right lagi..
=P
yup..its really2 true la wei..hehe..
ReplyDeletesudah pandai berkata2
ReplyDeletehuhuhu...mmg sy pandai berkata2 =p
ReplyDeletetapi kata2 awk mmg best
ReplyDeletehohoho.. =)
ReplyDelete