Sedang hati dilanda kegelisahan, tidak tahu memilih yang mana benar, yang mana salah hanya kepada Allah s.w.t kita mampu berserah..pernah saya mengadu masaalah yg saya hadapi kepada ibu saudara saya..nasihatnya solatlah istikharah, InsyaAllah tuhan akan tunjukkan jalan. Solat Sunat Istikharah adalah solat sunat yang didirikan untuk meminta petunjuk yang baik, apabila kita menghadapi dua pilihan, atau ragu-ragu dalam mengambil keputusan. Oleh itu kita memohon kepada Allah menunjukkan kepada kita pilihan yang terbaik.
Istikharah adalah perkataan Arab yang berasal daripada kata dasar ‘khayara’. Daripada kata inilah terbitnya juga perkataan ikhtiar yang bermaksud pilihan. Apabila ditambah huruf hamzah wasl, sin dan ta di hadapan perkataan ini yang menjadikan ianya disebut istakhara, maka ia bermaksud meminta pilihan. Seperti perkataan ‘ghafara’ yang bermaksud ampun, apabila ia menjadi perkataan istighfar maka ia bermaksud meminta keampunan.
Perkataan ‘khairun’ berasal daripada kata dasar (khayara) inilah juga. Ianya bermaksud pilihan yang terbaik. Dalam azan solat subuh ada lafaz ‘al-solah khairun min al-naum’ bermaksud solat itu lebih baik daripada tidur. Iaitu pada waktu itu terdapat dua pilihan antara tidur dan bangun mendirikan solat, maka lafaz azan yang mengandungi perkataan ‘khairun’ itu memberikan penegasan bahawa antara keduanya itu, solatlah yang terlebih baik.
Jabir bin Abdillah r.a., ia berkata:
"Rasulullah SAW mengajari kami solat Istikharah untuk memutuskan segala sesuatu, sebagaimana mengajari Surah Al-Quran." Baginda SAW bersabda: "Apabila seseorang diantara kalian mempunyai rencana untuk mengerjakan sesuatu, hendaknya melakukan solat sunat (Istikharah) dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:

"Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pilihan yang tepat kepada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon kekuatan kepada-Mu (untuk mengatasi persoalanku) dengan Mahakuasa-Mu. Aku memohon kepada-Mu sesuatu dari anugerah-Mu yang Maha Agung, sesungguhnya engkau Maha Kuasa, sedang aku tidak kuasa, Engkau Mengetahui, sedang aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah apabila Engkau mengetahui bahawa urusan ini (orang yang mempunyai hajat hendaknya menyebutkan persoalannya) lebih baik dalam agamaku, penghidupanku, dan akibatnya dalam diriku atau-Nabi SAW bersabda: '...di dunia atau akhirat' - takdirkanlah (tetapkanlah) untukku, mudahkanlah jalannya, kemudian berilah berkat."
Akan tetapi apabila Engkau mengetahui persoalan ini membawa keburukan bagiku dalam agamaku, penghidupanku, dan akibatnya kepada diriku, atau Nabi SAW bersabda: '...di dunia atau akhirat' - maka singkirkan persoalan tersebut, dan jauhkan aku daripadanya, takdirkan (tetapkanlah) kebaikan untukku di mana sahaja kebaikan itu berada, kemudian berikanlah keridhaan-Mu kepadaku.'"

(HR. Bukhari, Abu Dawud,At-Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah)
Petunjuk dari Allah apabila selesai melakukan solat istikharah merupakan sesuatu yang sukar untuk diterjemah. Seseorang perlulah berada di dalam keadaan yang tenang dan menyerahkan diri seratus peratus kepada Allah s.w.t. Al-Imam Nawawi menyebut bahawa
petunjuk itu mungkin datang dalam bentuk ketenangan, kecenderungan, ilham, mimpi dsbnyanya.
Ia merupakan suatu dorongan atau kecenderungan atau kemahuan yg kuat kepada seseorang dalam bentuk meneruskan atau meninggalkan atau pilihan A atau B. Prof Mutawalli Sya'rawi rh (Anta tasal wa Islam Yujib) berpendapat Solat istikharah dan mimpi tiada kaitan kerana mimpi adalah mainan tidur yg dipengaruhi oleh banyak faktur. Alamat istikharah datang dalam bentuk kemantapan hati spt yg dijelaskan oleh Ibn Qayyim di atas. Wallahu a'alam
Bagus informasi ni wawa.
ReplyDeleterenung2kan dan selamat beramal =)
ReplyDelete