Bagaimana nak lupakan EX anda?

1- Belajarlah untuk menerima hakikat
Terimalah hakikat bahawa kita sudah tidak bersama dengan pasangan kita itu lagi. Move on dan lupakan yang lepas. Sumpah memang susah, tapi hidup mesti diteruskan bukan? Tak kan la asek nak mengenang kisah lama sampai diri sendiri terabai. Senang pikir je camni, berbaloi ke kita bersedih sedangkan dia syok2 bergembira disana? mestila tak kan?

2- Delete no phone
Cara ni mungkin tak berapa praktikal tapi still boleh digunapakai. Delete pon kita kompem2 hafal no EX kita tu ye dak? Jarangla ada couple yang tak ingat no hempon gf or bf dorang. Tapi secara tak langsung boleh jugak membantu untuk melupakan EX kita tu.

3- Jangan jadi stalker
Haa..yang ni wajib dihindari walaupun keinginan untuk stalk wall ataupun profile facebook/twitter EX korang amatlah membuak-buak. Memangla kita just nak tahu keadaan dorang ok ke tak. Tapi karang kalo korang tertengokla ade status bermanja-manja, menggedik-gedik, bersayang-sayang antara EX korang dengan seseorang yang lain tak ke parah? Nak marah tak boleh. Memendam perasaan la jawabnye. So the best way, jangan jadi stalker okeyh!

4- Sibukkan diri sendiri
Buatlah apa-apa aktiviti yang berfaedah dan isi masa lapang anda, sebab bila kita ada benda nak dibuat maka kita tak akan berfikir tentang apa-apa atau siapa-siapa. Bila penat, kita akan tidur dan tak sempat nak pikirkan pasal EX kita tu.

5- Carilah kawan baru
Mungkin sesetengah orang bila couple hidup mereka akan dihabiskan dengan pasangan mereka sahaja sampai terlupa kawan-kawan sekeliling. Bila dah broke up  baru sedar yang kita ni tak bercampur dengan orang lain rupanya. So, sedar atau tidak kawan adalah orang yang paling penting selepas daripada keluarga kita. So, get yourself new friends and mingle with new groups. Pandai-pandailah pilih kawan ye.

Bercakap memang senang daripada kita nak praktikkan semua benda tu. Apa-apa pun masa akan menyembuhkan luka yang terkesan di hati. Terimalah hakikat dan redha lah dengan apa yang berlaku. Pahit akan manis jua akhirnya bukan? aku jiwang -_-" 


Sumpahan Kum-Kum


Woot-woot...
Sape dah tengok cerita ni? Aku baru lepas tengok cerita ni tengah hari tadi..Seperti cerita-cerita hantu Metrowealth sebelum ni, Sumpahan Kum-Kum agak berlainan dari versi yang seperti kita sedia maklum. Kalau ikutkan cerita sebenar hantu Kum-Kum ni akan pergi ke rumah penduduk kampung sambil membawa baby dan dia akan mintak susu dari tuan rumah tersebut. Tapi hantu Kum-Kum ni lain sikit sebab ia berkisar tentang seorang gadis yang bernama milah yang ingin cantik yang meminta khidmat Mak Som (Lydiawati) untuk dipakaikan susuk. Milah ditegah untuk melihat cermin selama 44 hari tetapi dia telah melanggar pantang tersebut. Banyak jugakla scene2 terkejut yang membuatkan penonton terkejut, menjerit dan tak kurang juga menyumpah seranah! Hahaha.. Fezrol Khan memang best la berlakon cerita seram camni. Nak tahu kesudahan cerita ni korang bolehla pergi tengok kat wayang, takpon tunggu kat astro first je, takpon download je..hahaha!

Spontaneous Thursday #1


Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha. Hakikatnya jodoh kita sudah ditakdirkan. Kita pasti akan menemui pasangan hidup anda nanti. Di mana pun si dia berada, satu masa nanti, kita pasti akan bertemu dengan si dia. 


"If you love somebody, let them go. If they return, they were always yours. If they don't, they never were." Mine have return and hopefully won't go away anymore Insya-Allah.




New look

My blog is still under construction..
Well..no more pinky minky..tapi tak bermakna pink sudah tak menjadi kegemaran..no no no..cuma rasa macam nak menjadi dewasa sket...ceewaahhh!! Mungkin tak secantik blog2 yang lain...tapi asalkan sedap mata memandang sudah...dan tak semak mata nak menengok..heee~~

Till then, bye!


SABAR + IKHLAS + PASRAH

I used to ask myself..and ask other people...

"Kenapa die cantik, aku x..?"
"Kenapala aku ni xbnyak duit..kalau kaya kan best..."
"Kenapa dia ni suka sgt berlagak sgt?mcm bagus je..."
"Kerja kuat2 pun bukannye boleh kaya..xpayah nak rajin sangat.."
"Kenapa aku x pernah dpat apa yang aku nak?''
"Kenapa dia x pernah nak faham aku?.."
"Kenapa hidup aku xpenah nak happy..sedih je?.."
"Kenapa dia x pernah ada masa untuk aku..?"

Kenapa terjadinya soalan seperti di atas? Sedar x sedar dlm hidup aku seharian aku asyik merungut je..bile tengok je status2 kawan2 di facebook..lebih kurang jugak..merungut..patot kat facebook tu ganti perkataan what's on your mind kepada what's your problem...hahhahaha...kidding..kadang2 aku x pernah sedar dan tanpa sedar aku tidak mensyukuri nikmat Allah swt dengan mengeluh atau merungut..*teruk*

Yes..aku memang teruk...selalu merungut..x pernah nak mensyukuri nikmat yang Allah dah kurniakan kepada aku...diberi peluang untuk bernafas atas muka bumi ni pun dah cukup besar nikmat yang Allah bagi kepada kita..still nak merungut lagi??

Harini aku fail untuk bersabar!terlalu ikutkan hati dan perasaan..emosi aku takeover the situation..sepanjang perjalanan dalam tren aku berfikir macamana untuk jadi seorang yang penyabar? Then the train pass the KLCC station and Ombak Rindu poster caught my eyes..automatically the dialog terngiang-ngiang dekat telinga..

"Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah.."

In a silent mode i repeated the dialog over n over again...my mind relate the dialog dengan situasi aku sekarang..ok, in order to avoid merungut..aku kena redha dalam semua perkara..dalam mencari keredhaan aku perlu ikhlas..diikuti dengan bersabar..pasrah membawa maksud menyerah..juga perlu diikuti dengan bersabar..SABAR is the key word for all my problem and with SABAR will lead me to calm down dan menjadi kembali rational..

Ok..Najwa Arifah..anda perlu ber SABAR! Bukan ke SABAR itu separuh dari iman..?


2011

Assalamualaikum w.b.t

Its been a long time i haven't tell u guys a story..hahaha..bajet sume org nk taw cite pasal ko kan? =_= Its been 8 days 2011 left us but hey, 2012 come..its not the end of the world yet..but some says 2012 is the end of the world?? Tiada siapa tahu melainkan Allah s.w.t 

Well 2011 meninggalkan banyak kenangan..manis, pahit, masam, masin...sume ade la..tp paling terkesan di hati adalah kehilangan atuk yang tersayang.. 1 Dec 2011 bersamaan dgn hari khamis atuk atau lebih mesra dipanggil "ayoh" di kalangan cucu..juga anak2 arwah..

Ayoh dimasukkan ke ward pada 19 november kira2 pukul 430 pagi..kebetulan pada pagi itu aku dan adik lelaki ada dirumah pulang bercuti di hujung minggu..die mengadu hypo sbb 1 bdn menggigil..tp bila dah dimasukkan ke wad..rupanya bkn disebabkan kencing manis tp penyakit jantung..sebelum pulang ke KL smpat melawat ayoh 2 kali di hospital..tp Allah maha berkuasa..rupanya itu kali terakhir aku dpt salam tangan dan mencium pipi ayoh..

Ayoh seorang yang pendiam dan tak banyak cakap...seorang pendengar setia setiap cerita cucu2 nya..bila cucu2 yg lain balik dia akan tnya mcmana blaja..keje..dan lain2..tp yang boleh consider paling rapat sekali dgn arwah ialah adik bongsu aku..selepas arwah abah meninggalkan kami..ayohla menjadi pengganti..sedikit sebanyak kami adik beradik dpt merasakan kasih syg dr seorang ayah..walaupun x sama, itu dah cukup memadai..

raya 2011

We missed you!

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"
Al-fatihah buat ayoh Nik Hussin Nik Kadir 



Strawberry anyone??

Assalamualaikum and weeeehooo! *mood ceria* 46

*google*

Yummilicious kan gambar strawberry itu kan,kan kan??korang tau tak rase sebenar strawberry ni cane?sebab bese kalau kite beli kat JJ ke Giant ke..mane2 pasaraya ke rase die msti cm da masam2 kan?well rase strawberry ni  mcm strawberry la..haha..manis2 gitu..nak jadi kesahnye...pada satu malam..cik wawa mimpi...hahaha..mimpi lagi..haritu da cite pasal mimpi da kt cni..

mimpi kali ni x panjang cm haritu...pendek je...pada satu pagi, ke petang..tah da lupe..cik wawa ckpla kat Mr.M yang cik wawa teringinnn sangat nak makan strawberry cameron..amekaw..kelass gitu..stoberi cameron..then Mr.M pn cakap "ok..esok siap2..pkul 730 pg kite pg cameron"....cik wawa pn ape lagi..mmg suke hati gembira bkn kepalang la...

Bajet cam Seth Tan dlm cite Nora Elena tu kan...suwitt2 gitu...hahahah...sampai ke cameron sanggup semata2 nk mkn bnde alah buah stoberi nih...tapi itu semua mimpi..diulangi sekali lagi MIMPI ok 26 ape ke buang tebiat org nak bawak aku pegi cameron sbb nk pg mkn strawberry je??ish3..jgn dok berangan la cik wawa oiiii...nak mkn strawberry beli je kat makcik yg dok tepi lrt wangsa maju tu haa..8 rgit je sekotak...besar2 pulak tu...xpyh dok gagah sgt pg cameron bagai...

Tamat, kbai       Photobucket

Kembar zizan raja lawak


haaa...same tak,same tak??

Untitled

Saya cuba untuk memahami, tapi kadang-kadang saya tewas...kenapa? Sebab saya tak cukup dewasa ke untuk memahami semua tu? Mungkin juga keadaan sekeliling yang membuatkan saya jadi tidak memahami? Takpe..saya akan cuba lagi dan akan cuba untuk lebih bersabar..saya tahu saya boleh!!

Life Quotes, Life Quote Graphics, Life Sayings


Sempoi roasted duck/chicken

Bahan2:
Itik atau ayam
Thymes
Lada hitam
Garam
Olive oil (minyak biasa pn boleh)

Perap itik/ayam dgn bahan2 di atas..olive oil tu letak sikit je ye sbb nati bile lepas roast, minyak dr itik atau ayam td akan keluar..

Siap untuk dipanggang  19

Bahan untuk glaze:
Jus oren (kalau xde gantikan dgn sunquick pn bole)
Apple cyder
Madu
Bahan2 ni cmpurkan dan panaskan dlm periuk sampai die likat  seperti ini:


Glaze ni kite sapu dekat itik/ayam yang da hampir nak masak..tujuan glaze ni adalah supaya itik/ayam yg dipanggang td akan menjadi kuning keemasan 46

Panggang sehingga masak..selamat mencuba!