Showing posts with label cerita ceriti. Show all posts
Showing posts with label cerita ceriti. Show all posts

Superwomanku!



Walaupun hampir 14 tahun abah pergi meninggalkan kami, tapi aku masih merindui abah. Seakan-akan baru semalam rasanya bersama arwah. Cukup segar dalam ingatanku. Biarpun ketika itu aku baru menginjak usia 13 tahun. Menjadi anak sulung mungkin tugas yang berat bagi sesetengah orang. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya bagiku. Syukur dikurniakan seorang mama yang sangat tabah dan cekal dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Mama lah "Superwoman" kami adik-beradik. Masih teringat hari di mana usainya pengebumian abah, mama menangis di hujung katil menatap gambar kami adik-beradik sambil berkata bagaimana dia nak membesarkan kami berempat tanpa abah di sisi. Walaupun aku masih kecil, aku dapat merasakan kesedihan dan kerisauan mama ketika itu. Tambahan pula adikku yang bongsu ketika itu masih lagi bayi. Sejenak terlintas di fikiranku kenapa abah mesti pergi dulu? Kenapa tidak abah orang lain? Lantas terdetik di hati mendoakan supaya orang lain juga tidak mempunyai abah seperti aku. Astaghfirullahalazim, berdosanya aku. Tapi aku akur dengan suratan Ilahi dan redha dengan pemergian abah tersayang. Dengan berat hati aku meneruskan persekolahanku di Kelantan dan meninggalkan mama kerana abah memang mahukan aku bersekolah di sana. 

Tinggal di asrama mengajar aku hidup berdikari. Pernah satu ketika rakan sekelasku membelanja aku di waktu rehat setelah mengetahui aku seorang anak yatim dan memulangkan kembali duit yang aku berikan kepadanya. Memang niatnya murni dan ikhlas tetapi tidak pada aku. Tetapi aku tetap berterima kasih kepadanya. Sejak peristiwa itu, aku tidak akan memberitahu bahawa aku seorang anak yatim yang kematian ayah. Seboleh-bolehnya aku akan mengelak dari menjawab soalan yang berkaitan dengan abah atau aku akan menjawab seperti aku masih mempunyai seorang abah. Dan yang paling penting sekali,aku akan cuba menjaga kelakuan aku supaya disenangi orang kerana aku tidak mahu orang menyalahkan mama. Biasa kalau kita tengok seseorang melakukan sesuatu yang tidak menyenangkan pasti soalan "anak siapa nih?" atau "mak bapak dia tak ajar ke?" akan dipersoalkam. Tipikal. Aku taknak orang mengata mama tak pandai mendidik anak ataupun orang melabel aku sebagai anak yatim. Entah kenapa mentaliti aku sebegitu. Tapi yang pasti itulah janji aku selepas kematian abah. 

Tahun silih berganti, dan kami adik beradik membesar dengan sempurna. Semuanya kerana rahmat Mu Ya Allah kerana memberi kekuatan dan kesihatan yang berpanjangan kepada mama. Mama tidak pernah menangis dan menunjukkan kesusahan di hadapan kami. Memang mama cekap menyembunyikan emosinya. Tapi aku tau bila dia berseorangan, dia akan menangis. Sehingga kini juga, air mata aku begitu mudah mengalir apabila bercakap atau teringat tentang abah. Aku juga tidak pernah meluahkan perasaan rindu aku kepada abah pada sesiapa hatta mama sekalipun melainkan Allah. Mungkin aku bimbang akan dianggap lemah? Aku pun tak pasti kenapa aku perlu berfikiran macam tu. *seriously*
Bila berseorangan sebelum tidur, kerinduan pada abah pasti akan datang. Tambahan pula aku menyewa bilik seorang. Kesunyian membuatkan rindu itu datang. Tapi pada siapa aku nak mengadu? *maksud aku manusia* Cuma air mata sahaja menjadi teman. Memang aku seorang yang suka memendam perasaan. Aku susah untuk meluahkan apa yang aku rasa. Apa yang aku sentiasa buat adalah menangis. Mungkin sebab aku tak nak orang ingat aku lemah. Jadi aku sembunyikan perasaan sebenar aku dan berlagak biasa.  Aku suka menangis! Aku cengeng! Tapi bukan di depan orang. Ianya satu terapi bagi aku. *wawa macam ni ke? Like, seriously???* kemain banyak tanda soal. hahahahaha... Tak, aku tipu. Sila jangan percaya. 

Dah, penat aku taip entri ni. Panjang gile sesi luahan perasaan kali ni. Ayat nak skema tak menahan. Aku syak aku boleh jadi seorang penulis berkaliber di masa akan datang. Pasni semua orang dah tahu dahla kan? Bajet kau retis orang nak baca blog kau? Hahaha. Bukan, aku dapat ilham nak menulis. So, aku tulisla dalam blog ni. Lagipon sapela nak baca sangat blog aku ni. *merendah diri*


Buat mama, terima kasih yang tak terhingga untuk segalanya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa mama. Semoga Jannah milik mama. Insya-Allah!!

2011

Assalamualaikum w.b.t

Its been a long time i haven't tell u guys a story..hahaha..bajet sume org nk taw cite pasal ko kan? =_= Its been 8 days 2011 left us but hey, 2012 come..its not the end of the world yet..but some says 2012 is the end of the world?? Tiada siapa tahu melainkan Allah s.w.t 

Well 2011 meninggalkan banyak kenangan..manis, pahit, masam, masin...sume ade la..tp paling terkesan di hati adalah kehilangan atuk yang tersayang.. 1 Dec 2011 bersamaan dgn hari khamis atuk atau lebih mesra dipanggil "ayoh" di kalangan cucu..juga anak2 arwah..

Ayoh dimasukkan ke ward pada 19 november kira2 pukul 430 pagi..kebetulan pada pagi itu aku dan adik lelaki ada dirumah pulang bercuti di hujung minggu..die mengadu hypo sbb 1 bdn menggigil..tp bila dah dimasukkan ke wad..rupanya bkn disebabkan kencing manis tp penyakit jantung..sebelum pulang ke KL smpat melawat ayoh 2 kali di hospital..tp Allah maha berkuasa..rupanya itu kali terakhir aku dpt salam tangan dan mencium pipi ayoh..

Ayoh seorang yang pendiam dan tak banyak cakap...seorang pendengar setia setiap cerita cucu2 nya..bila cucu2 yg lain balik dia akan tnya mcmana blaja..keje..dan lain2..tp yang boleh consider paling rapat sekali dgn arwah ialah adik bongsu aku..selepas arwah abah meninggalkan kami..ayohla menjadi pengganti..sedikit sebanyak kami adik beradik dpt merasakan kasih syg dr seorang ayah..walaupun x sama, itu dah cukup memadai..

raya 2011

We missed you!

Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut"
Al-fatihah buat ayoh Nik Hussin Nik Kadir 



Strawberry anyone??

Assalamualaikum and weeeehooo! *mood ceria* 46

*google*

Yummilicious kan gambar strawberry itu kan,kan kan??korang tau tak rase sebenar strawberry ni cane?sebab bese kalau kite beli kat JJ ke Giant ke..mane2 pasaraya ke rase die msti cm da masam2 kan?well rase strawberry ni  mcm strawberry la..haha..manis2 gitu..nak jadi kesahnye...pada satu malam..cik wawa mimpi...hahaha..mimpi lagi..haritu da cite pasal mimpi da kt cni..

mimpi kali ni x panjang cm haritu...pendek je...pada satu pagi, ke petang..tah da lupe..cik wawa ckpla kat Mr.M yang cik wawa teringinnn sangat nak makan strawberry cameron..amekaw..kelass gitu..stoberi cameron..then Mr.M pn cakap "ok..esok siap2..pkul 730 pg kite pg cameron"....cik wawa pn ape lagi..mmg suke hati gembira bkn kepalang la...

Bajet cam Seth Tan dlm cite Nora Elena tu kan...suwitt2 gitu...hahahah...sampai ke cameron sanggup semata2 nk mkn bnde alah buah stoberi nih...tapi itu semua mimpi..diulangi sekali lagi MIMPI ok 26 ape ke buang tebiat org nak bawak aku pegi cameron sbb nk pg mkn strawberry je??ish3..jgn dok berangan la cik wawa oiiii...nak mkn strawberry beli je kat makcik yg dok tepi lrt wangsa maju tu haa..8 rgit je sekotak...besar2 pulak tu...xpyh dok gagah sgt pg cameron bagai...

Tamat, kbai       Photobucket

Aku menang RM 5000 weh!!!


Tahniah!!anda telah memenangi RM5000 dari peraduan Power Root!


SITUASI PERTAMA

Anon: Tahniah cik, cik telah memenangi wang tunai sebanyak RM5000 dr Power Root.
Cik wawa: (terkesima) ooo..ok..
Anon:ok cik..skrg sy nak verify no cik..013..bla3...
Cik wawa:ye betul..tu no saya tp sy x pernah masuk ape2 peraduan power root pn?
Anon: Ok cik..sebenarnye cik diantara 5 org yg bertuahlah..simcard cik tlah dipilih dan cik menang tmpat ke 3..skrg ni boleh sy tahu cik ade bank account dr bank mana?
Cik wawa: Erm..Bank Muamalat (dlm tu ade 10 rgit n aku da xpakai da pn)
Anon: itu je ke cik? bank lain?
Cik wawa: xde..so skrg mcmana sy nak dpt duit tu?
Anon: mcm ni cik..cik pergi dekat ATM machine..ade x ATM machine berdekatan dgn cik?
Cik wawa: WTH?? (dlm hati) owh..ade2..
Anon: Ok..nati bile cik da kat depan ATM machine tu cik msg kat no ni 012..bla3..
Cik wawa: Eh, apesal pulak kene pgi ATM?sy bg no akaun sy je la..awk ni betol ke dr Power Root??
Anon: betol cik..kami telah bekerjasama dgn institut perbankan malaysia..dan..
Cik wawa: Macamnila, bg sy name penuh awk??
Anon: Mat Temberang (bkn nama sbnar)
Cik wawa: Bagi sy no ic awak..sy nak verify sama ada awk btol2 staff Power Root.
Anon: 85**********
Cik wawa: No ofis??
Anon: 03 ******** (sambil tergagap2) <-----suspicious bkn?
Cik wawa: I will verify u 1st..if anything i will call u back
Anon: Baik cik.

*Aku try call no ofis die dlm lebih kurang 10 kali tp engage...so aku call operator mintak no Power Root Malaysia Sdn. Bhd

SITUASI KEDUA

Cik wawa: Helo selamat pagi, sambungkan sy ke bahagian marketing (call power root malaysia)
PW: Hello miss, good afternoon how may i assist you?
Cik wawa: Just now i received a call..he claimed that he's from PW
PW: Ok
Cik wawa: he said i won RM5000..is there any such contest?
PW: Ok miss, just ignore the call because we dont have such contest..im afraid that was scam
Cik wawa: Ok,tq

*Busted!!
SITUASI KETIGA

Izah: ape kate ko wat2 msg ckp ko da kat ATM..kite tgk ape yg die nak buat..
Cik wawa: Ok, aku msg, ko ckp eh..wat loudspeaker..
Izah: Berehhh...

"ok,i da kat depan ATM ni..
so what's next? "

Dengan serta merta, si Anon td tu call la aku...

Anon: Ok cik..skrg cik ade dpn ATM kan..sila masuk kan kad mcm biasa dan masukkan no pin tanpa bgtahu sy..
Izah: Ok..kejap ye...........ok,dah..lpas tu?  (konon2 blakon jd cik wawa laa..)
Anon: Cik cube bacakan menu di skrin tu cik..ade ape..
Izah: ade pertanyaan baki, pengeluaran,bla..bla..
Anon: Skrg cik tekan lain2..
Izah: Ok..
Anon: Cik bacakan menu di skrin tu cik..

*Izah da gelabah sebab xhapal ape menu kt skrin lain2 tu..tp sape nak ingat bnd2 tu sume kan??

Izah: ade pindahan utk 3rd party, pembayaran bil..
Anon: Ok,sy tahu cik xde kat depan ATM..trime kasih..

*Si anon ni letak tepon...kuang hajo betol..ko ingat ko boleh bodohkan aku?? Selang beberapa minit pastu si Anon ni call lagi...

SITUASI KEEMPAT

Anon: Hello..cik nak main2 kan sy ke? (yo yo oh je mat temberang ni)
Cik wawa: Haa? sape nak main2kan sape ni? Jgn tipu sy la..sy dah call PW malaysia and talk to the marketing department..they said there's no such contest that ur talking about!
Anon: Cik call no yg sy bagi td x?
Cik wawa: Untuk pengetahuan awak, no yg awak bg tu ENGAGE..bape kali sy try..xdpt2..
Anon: Ok cik sy cek dulu,ape2 nanti sy akan call cik smule.

* What the hell!!agak2 la ko nak tpu aku pn...siap call balik tnye aku main2kan die ke..mmg siot la scammers ni..they will do anything to take ur money..utk pengetahuan korg, mat temberang ni x tepon2 aku dah..dahla pakai private no..ckp pn mcm slang indon..ckp konon dr sabah..ingat aku xtaw ke slang org sabah macamane..aku ade ramai member bdk sabah la..plus aku penonton setia sinetron...hahahaha..so korg beware okey..dont simply reveal anything personal..zaman skrg mcm2 taktik yg dorg gune

*If such things happen dkat korg ataupun korg dpt call dr pihak yg mengaku dorg ni pihak tertentu yg tnye2 personal details korg..jgn reveal anything..instead, korg kene tnye mcmane sy nak percaya yg call ni btol2 dr pihak tu..ask for the staff name, no ic perhaps, call center no or office no untuk verification..try call dan wat verification agar tdak tertipu

* Biasanya, original staff akan wat pengesahan kite dgn bertanyakan no ic kite, phone no, nama penuh, dan juga nama ibu or maiden name..mrk xkan mntak kite sebut nombor kad kredit ataupn 4 digit no terakhir kad kredit (bg kad kredit la)

*Whatever it is verification is important before you proceed anything especially when it comes to MONEY
Kecergasan Tanpa Batasan  ^__^V


Kisah Ramadhan ke-20

Hello peeps...puase x?apee...xpuase??haha..kidding..mcamana puase korg stakat ni?penuh x?haaa....ade yg xpnuh tu..jgn tipu...huhuhu...sedar x sedar da 20 hari kita menjalani ibadah berpuasa...bermakna..lagi 10 hari lagi nak raya!!yeayy!!haha..harini lepas sahur,solat subuh..aku tdola balik...standard la camtu kan..kol 7 aku pn otomatik tersedar...sbb hari2 bgun nak pgi keje kol 7 so dah terbiasa..awal lagi ni..desis hatiku...haha..so aku sambung tdo lagi sejam..hari ni Sabtula..kamonlaa, hari tido sedunia...hahaha..act xdela tdo sgt pn..ingat nak bangun kol dobelas..tp memandangkan aku seorang gadis dan juga ayu, aku padamkan hasrat tersebut..biarpun di dlm hati meronta2 utk berbuat demikian...disiplin!itu penting...

Lepas kemas2 tmpt tido,lipat ken simut..aku bkak tgkap..xde yang menarik sbb tgkap aku ni kalo bukak2 nampak tgkap umah org belakang...hahaha...aku pn on laptop sambil memandang kosong ke bakul baju yg hampir penuh...aduih..baju xbasuh lagi...lalu dengan malasnya aku pn pegila basuh baju...basuh tangan okeyh...haha...perkara yg kurang aku gemari sbb dr zaman skolah smpai dok U dlu ade mesin...lpas jemo baju aku pn masuk smule ke bilik sambil berkira2 amendela aku nk wat rini...aku pn dok la ngadap laptop..pastu tgk tv..bosan..aku naik bilik smula...sambung ngadap laptop....

Sedar2 da kol 630...makanan xbeli lagi nih...aku pn capai tudung dan cepat2 kua..hari nak ujan pulak...angkat bju dlu...pastu sambung jalan pi bazar ramadhan...dlm 3 minit camtu aku pn smpaila kat bazar ramadhan tu..da smpai sane xtaula pulak nak mkn ape...haih..masaalah btol...jalan punya jalan aku pn jumpe satu kedai ni..jual nasi campur..aku dgn sesuka hatinya tunjuk2 la lauk mane aku nak...asam pedas, pucuk ubi masak tempoyak, ikan masin...bla..bla..bla...da siap bungkus tu aku pn bukakla purse aku yg xberapa nak ada duit tu...tergamam seketika...asal xde duit dlm purse aku!!!!aku kaget...tp aku wat muke selamba dan ckp kat abg jual lauk tu.."Bang,sy nak pi tukar duit jap ye...japgi sy dtg balik..." haha..terer x aku meredakan suasana...?

Aku pn blah dr gerai tu smbil pkir2 mane pgi duit aku...bru aku ingat...upenye baki duit beli smlm aku letak dlm beg...bkn dlm purse...ciss!!!otak aku ligat pikir mcmane aku nak settle mslh yg aku hadapi ni..disebabkan kecerdasan otak yg Allah kurniakan kpd aku ni..aku pn trus jln pgi JJ W.Maju and trus draw duit..nasib baik aku bawak kad bank tu..ingt nak wat kua 30 je..skali ATM tu ade 50 je...mmg aku kene pegi pecah duit jugak la mcm ni.. maka aku pn beli air jagung yg harganya RM1 dgn duit RM50 sekeping..hahaha...cepat2 aku pgi balik kedai abg td utk amek bayar harga nasik aku tdi tu...fuhh..lega asenye...aku pn cepat2 berlalu tanpa memandang muka abg tdi tu..haha..malu2..lantakla...die bkn tau pn..kenal aku lagila tidak...lepas ni memang aku akan cek duit dlu sbelom kuar...hahaha...