Bagaimana nak lupakan EX anda?

1- Belajarlah untuk menerima hakikat
Terimalah hakikat bahawa kita sudah tidak bersama dengan pasangan kita itu lagi. Move on dan lupakan yang lepas. Sumpah memang susah, tapi hidup mesti diteruskan bukan? Tak kan la asek nak mengenang kisah lama sampai diri sendiri terabai. Senang pikir je camni, berbaloi ke kita bersedih sedangkan dia syok2 bergembira disana? mestila tak kan?

2- Delete no phone
Cara ni mungkin tak berapa praktikal tapi still boleh digunapakai. Delete pon kita kompem2 hafal no EX kita tu ye dak? Jarangla ada couple yang tak ingat no hempon gf or bf dorang. Tapi secara tak langsung boleh jugak membantu untuk melupakan EX kita tu.

3- Jangan jadi stalker
Haa..yang ni wajib dihindari walaupun keinginan untuk stalk wall ataupun profile facebook/twitter EX korang amatlah membuak-buak. Memangla kita just nak tahu keadaan dorang ok ke tak. Tapi karang kalo korang tertengokla ade status bermanja-manja, menggedik-gedik, bersayang-sayang antara EX korang dengan seseorang yang lain tak ke parah? Nak marah tak boleh. Memendam perasaan la jawabnye. So the best way, jangan jadi stalker okeyh!

4- Sibukkan diri sendiri
Buatlah apa-apa aktiviti yang berfaedah dan isi masa lapang anda, sebab bila kita ada benda nak dibuat maka kita tak akan berfikir tentang apa-apa atau siapa-siapa. Bila penat, kita akan tidur dan tak sempat nak pikirkan pasal EX kita tu.

5- Carilah kawan baru
Mungkin sesetengah orang bila couple hidup mereka akan dihabiskan dengan pasangan mereka sahaja sampai terlupa kawan-kawan sekeliling. Bila dah broke up  baru sedar yang kita ni tak bercampur dengan orang lain rupanya. So, sedar atau tidak kawan adalah orang yang paling penting selepas daripada keluarga kita. So, get yourself new friends and mingle with new groups. Pandai-pandailah pilih kawan ye.

Bercakap memang senang daripada kita nak praktikkan semua benda tu. Apa-apa pun masa akan menyembuhkan luka yang terkesan di hati. Terimalah hakikat dan redha lah dengan apa yang berlaku. Pahit akan manis jua akhirnya bukan? aku jiwang -_-" 


Sumpahan Kum-Kum


Woot-woot...
Sape dah tengok cerita ni? Aku baru lepas tengok cerita ni tengah hari tadi..Seperti cerita-cerita hantu Metrowealth sebelum ni, Sumpahan Kum-Kum agak berlainan dari versi yang seperti kita sedia maklum. Kalau ikutkan cerita sebenar hantu Kum-Kum ni akan pergi ke rumah penduduk kampung sambil membawa baby dan dia akan mintak susu dari tuan rumah tersebut. Tapi hantu Kum-Kum ni lain sikit sebab ia berkisar tentang seorang gadis yang bernama milah yang ingin cantik yang meminta khidmat Mak Som (Lydiawati) untuk dipakaikan susuk. Milah ditegah untuk melihat cermin selama 44 hari tetapi dia telah melanggar pantang tersebut. Banyak jugakla scene2 terkejut yang membuatkan penonton terkejut, menjerit dan tak kurang juga menyumpah seranah! Hahaha.. Fezrol Khan memang best la berlakon cerita seram camni. Nak tahu kesudahan cerita ni korang bolehla pergi tengok kat wayang, takpon tunggu kat astro first je, takpon download je..hahaha!